Friday, December 4, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 3

TAJUK: USING STUDENT INTERVIEWS TO GUIDE CLASSROOM INSTRUCTION: AN ACTION RESEARCH PROJECT

PENULIS: LARRY BUSCHMAN

SUMBER: HW Wilson

1. Contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis
Kajian tindakan ini mengkaji tentang bagaimana temubual pelajar boleh mempengaruhi kaedah guru mengajar matematik di dalam kelas.

2. Pernyataan masalah
Kanak-kanak sukar menyelesaikan masalah dalam matapelajaran matematik. Guru juga sukar untuk mengajar matapelajaran ini kerana mereka kurang pengetahuan tentang tahap kefahaman kanak-kanak tentang matematik dan saiz kelas yang besar juga turut menyukarkan lagi proses pengajaran.

3. Sampel dan setting kajian
1. Kanak-kanak kelas tadika
2. Di tadika

4. Prosedur atau metodologi
Kajian ini dijalankan seperti berikut:-
a) Pengkaji menemubual kanak-kanak secara individu manakala kanak-kanak yang lain akan menyertai aktiviti lain
b) Semasa temubual dijalankan, pengkaji menggunakan pelbagai jenis soalan dan contoh serta klu bagi memberikan semangat kepada kanak-kanak untuk lebih berfikir
c) Pengkaji merakamkan setiap temubual yang dijalankan
d) Pengkaji menjalankan dua set temubual, satu pada musim luruh dan satu lagi pada musim bunga
e) Pengkaji berkongsi dapatan daripada semua temubual dan menerangkan kesan temubual tersebut kepada pengajaran di dalam kelas

5. Cara mengumpul dan menganalisis data kajian
Pengkaji mengumpul data dan menganalisis data kajian dengan menjalankan temubual dengan kanak-kanak secara individu dan membuat perbandingan antara dapatan daripada temubual dengan data-data yang sedia ada.

6. Paparan dapatan kajian
Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk laporan dan jadual

No comments:

Post a Comment