Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 11: TUGASAN 2: JURNAL

Berdasarkan 3 jurnal

1) Apa penyataan masalah dalam kajian?

2) Bagaimana mereka melapor penyataan masalah

3) Bincang , bentang 2 kumpulan dan lapor dalam blog


Jurnal 1

Academic Achievement, Pupil Paticipation and Integration of Group Work Skills in Secondary School Classrooms in Trinidad and Barbados

(Anthony Layne, Vena Jules, Peter Kutrick, Clasrissa Layne)

Pernyataan masalah dalam kajian:

Pencapaian pelajar rendah dalam akademik dan motivasi


Bagaimana penulis melaporkan pernyataan masalah kajian:

Kajian ini mencari satu kaedah yang terbaik untuk digunakan semasa mengajar di dalam kelas yang mana boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar di Trinidad dan Barbados serta meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan mengurangkan jurang antara pelajar dan guru. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar.


Jurnal 2

When Do They Choose The Reading Center? Promoting Literacy in a Kindergarden Classroom

(Susan K.Green, Clair Britt, Patsy Parker)

Pernyataan masalah dalam kajian:

Kanak-kanak di tadika tidak berminat untuk ke pusat bacaan


Bagaimana penulis melaporkan pernyataan masalah kajian:
Kajian ini cuba mencari jalan bagaimana untuk menigkatkan minat dan bilangan kanak-kanak ke pusat bacaan tanpa dipaksa. Dalam kajian ini, tiga intervensi digunakan iaitu 'read to', 'on tables' dan 'in centers'.


Jurnal 3

Using Student Interviews to Guide Classroom Instruction: An Action Research Project

(Larry Buschman)

Pernyataan masalah dalam kajian:
Pelajar sukar mencari jalan penyelesaian bagi matapelajaran matematik. Guru juga sukar untuk mengajar matapelajaran ini kerana kurang pengetahuan tentang tahap kefahaman pelajar tentang matematik dan keadaan kelas yang ramai juga turut menyukarkan guru untuk mengajar.


Bagaimana penulis melaporkan pernyataan masalah kajian:
Kajian ini cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah dalam matapelajaran matematik. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kefahaman pelajar dan kaedag yang mereka inginkan untuk digunakan dalam P & P.

No comments:

Post a Comment