Berdasarkan buku yang anda baca
Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan.
Bentang 2 kumpulan dan laporkan dalam blog
Berdasarkan Buku 1 ;Penyataan masalah dikenalpasti apabila wujud keinginan untuk melakukan penambahbaikan terhadap pengurusan atau proses pnp yang berlaku di sekolah. Penyataan masalah dikenal pasti setelah melalui proses pengamatan yang dilakukan oleh pengkaji. Pengamatan juga boleh berbentuk melihat kajian lepas (literatur review), maklumat daripada internet dan sebagainya. Penulis juga menyatakan bahawa 'kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah'
Proses ini diteruskan apabila wujudnya fokus utama kajian. fokus utama kajian ini pastinya ingin melakukan penambahbaikan terhadap masalah/kekangan yang timbul.
Situasi ini disokong apabila adanya kehendak dikalangan pengkaji dengan matlamat bahawa hasil yang diperolehi berbaloi, kemudahan mendapatkan sumber yang releven serta tahap motivasi yang tinggi. Oleh itu, sebelum menjalankan sebarang kajian tindakan di sekolah, setiap pengkaji perlu mengenalpasti persoalan kajian seperti ;
b) Apa bukti yang boleh diperolehi untuk membuktikan masalah tersebut.
c) Apakah kaedah penyelesaian yang terbaik?
d) Bagaimana untuk melakukannya?
e) Bagaimana kesan dapat dinilai?
f) Apakah tindakan sewajarnya?
Persoalan yang diutarakan akan memudahkan pengkaji mengenalpasti masalah kajian tindakan yang ingin dilakukan.
Namun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang boleh menggagalkan usaha seseorang pengkaji. Oleh hal demikian, seorang pengkaji perlulah bermotivasi tinggi, berdisplin, kretif dan unik serta kepelbagaian cara untuk mendapatkan sumber atau menjayakan kajian yang dijalankan.
Berdasarkan buku 2;
Dalam mengenalpasti masalah kajian, buku ini mengambil kira 5 aspek berikut:-
a) Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri
· Minat untuk mencari dan mencuba idea-idea baru, mencipta kekuatan dengan rutin tanggungjawab dengan cara yang lebih baik
· Menghadapi sesuatu kesulitan seperti contoh mahu membaiki, menyelesaikan atau meringankan kesulitan tersebut
· Terdapat situasi yang tidak jelas dan memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dan tepat bukannya sekadar anggaran semata
b) Penyataan misi, program-program berterusan dan program-program pembangunan institusi itu
· Apabila terdapat misi-misi atau program-program yang memerlukan fokus tentang sesuatu dan perkembangan yang lebih mendalam lagi tentang sesuatu amalan yang dijalankan
c) Berdasarkan keputusan daripada penilaian dan maklum balas
· Maklum balas dan penilaian yang diperolehi daripada individu dan persekitaran boleh merangsang untuk melakukan kajian untuk menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mencari kaedah atau cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti amalan yang dijalankan
d) Penyertaan dalam pembangunan dan program-program dalam perkhidmatan
· Penyertaan ini merupakan satu inisiatif daripada pihak atasan bagi menggalakkan untuk melakukan inovasi dalam perkembangan amalan dalam organisasi dan menyediakan idea-idea dan dorongan-dorongan untuk menjalankan kajian lanjut
e) Sikap ingin tahu dan "kepentingan-kepentingan teoretis"
· Sikap ingin tahu tidak semestinya datang dari pengalaman seseorang, namun ia boleh datang melalui pemerhatian terhadap rakan sekerja, atau dapatan kajian orang lain
· Melalui sikap ingin tahu ini seseorang akan bertindak untuk melakukan kajian bagi memastikan pemerhatian dan dapatan yang diperolehi itu betul atau tidak dan adakah ianya boleh diaplikasikan dalam bidang atau organisasi yang diduduki
No comments:
Post a Comment