Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajarn
a) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah
b) http://tip.psycholo gy.org/theories. html
c) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian
d) Mesti selaras dengan penyataan masalah dan tujuan/objektif /soalan kajian
e) 2 kumpulan bentang
Berdasarkan Mini Kajian Tindakan kami iaitu Intergrasi Permainan Dadu Ajaib bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan, teori/ strategi/ kaedah yang selaras dengan tujuan/objektif kajian adalah;
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM MINI KAJIAN TINDAKAN
Teori yang digunakan adalah berlandaskan kepada konsep perbincangan, kaedah penggunaan ICT dalam proses P&P serta konsep ganjaran dan dendaan.
Konsep Perbincangan & Aktiviti P&P 2 hala melibatkan teori-teori seperti;
Pendekatan yang dibina mengambil kira teori pembelajaran untuk memastikan pembinaan dibuat dengan terancang dan bermatlamat. Teori-teori tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme, Teori Kognitif dan Teori Kontekstual.
Penerangan mengenai teori-teori pembelajaran yang dinyatakan akan menyentuh aspek bagaimana ia diguna pakai dalam kajian kami
i. Teori Konstruktivisme
- Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman. Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.
- John Dewey menerangkan teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Dengan kaedah yang kami lakukan akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata pelajar. Di mana guru dapat mengubah persepsi pelajar mengenai sesuatu subjek menjadi tidak membosankan dengan meningkatkan lagikeyakinan dan penglibatan mereka di dalam kelas.
Pendekatan Konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti;
- Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada.
- Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
- Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
- Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.
- Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.
- Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar. Maka, penggunaan video & kaedah lawatan merupakan salah satu medium pengajaran dalam kajian tindakan kami.
a) Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
- Secara umumnya teori ini sesuai kepada semua peringkat umur dan menekankan kepada perkembangan individu. Vygotsky juga mencadangkan penemuan secara terbimbing dalam bilik darjah dengan bantuan guru. Maka amat sesuai dengan kajian yang kami jalankan, tambahan lagi dengan konsep Scaffolding yang disediakan oleh guru untuk membantu pelajar memperkembangkan kemahiran kognitif mereka. Selain itu juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan.
contoh scaffolding:
- Guru menyediakan soalan interaktif yang berbentuk aneka pilihan disertakan juga dengan audio bunyi dan visual agar dapat membantu pelajar memberi jawapan dan menarik minat pelajar untuk berani menjawab dan tidak takut salah.
b) Teori Pembelajaran Kognitif
- Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
- Dengan kaedah ini dapat menekankan interaksi antara tingkah laku, faktor persekitaran dan faktor peribadi pelajar, dan ganjaran serta hukuman menyebabkan pelajar membentuk jangkaan dan harapan ke atas konsekuan daripada tingkah laku sebelum ini .
- Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.
c) Teori Pembelajaran Kontekstual
- Pembelajaran hanya akan berlaku jika pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang dapat dikaitkan dengan persekitaran mereka. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika persekitaran memberi makna dalam pembelajaran yang sedang berjalan.
- kami akan memasukkan unsur-unsur persekitaran dalam soalan perisian interaktif supaya pelajar dapat menghubungkan pembelajaran mereka dengan persekitaran/aplikasi. soalan ini menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Ini bermaksud, pelajar akan didedahkan dengan soalan interaktif berdasarkan pengamatan mereka terhadap aktiviti perdagangan dan jual beli. Berdasarkan konsep asas, mereka akan membina pengetahuan untuk menyelesaikan soalan yang diberi
Kaedah Penggunaan ICT dalam Proses P&P melibatkan teori;
ii. Teori Andragogi
Soalan interaktif dibina untuk diguna pakai oleh pelajar secara kumpulan. Soalan ini bertujuan untuk memberikan satu alternatif kepada guru-guru untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran menggunakan aplikasi komputer.Maka, Soalan interaktif menggunakan teknik hyperlink merupakan salah satu kaedah penggunaan ict dalam proses P&P. Kaedah ini merupakan kaedah/pendekatan baru memberi latihan kepada pelajar menggantikan kaedah lama iaitu menjawab soalan dari buku teks atau buku latihan.
Teori Andragogi dipelopori oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913-1997).
- Teori ini mengatakan bahawa golongan orang dewasa ialah terarah kendiri dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan keputusan yang mereka buat.
- Objektif setiap perisian dinyatakan dengan jelas.
- Setiap kemahiran yang cuba diterap merupakan aktiviti 'hands-on'.
- Aktiviti di dalam perisian ini tidak berbentuk hafalan malah lebih kepada mengaitkan hubungan sebenar persekitaran dengan hasil yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan. dengan itu kami turut mengaitkan dunia realiti dalam penyedian soalan interaktif kami. maka penggunaan video adalah merupakan salah satu indikator tambahan dalam kajian ini selain daripada aktiviti lawatan.
Konsep Ganjaran & Dendaan melibatkan teori;
iii. Teori Behaviourisme
- Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.
- Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskanbahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dalam kajian ini mat bertepatan dengan Mazhab yang diperkenalkan oleh Skinner: ABC's
a) Teori Pelaziman Operan Skinner.
Skinner: ABC's (Antecedents-Behavior-Consequences) (Rangsangan-T/laku-Peneguhan / Dendaan)
Teori ini menghuraikan berkaitan konsep ganjaran dan dendaan sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap aktiviti p&p yang dijalankan. Skinner menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda seperti membersihkan kelas, pulang lewat dan homework tambahan. dendaan ini akan memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
Maka, dalam kajian kami, penggunaan dadu adalah medium dalam memberikan ganjaran dan dendaan kepada pelajar.
- Ganjaran - Pelajar akan mendapat markah kumpulan berdasarkan balingan dadu apabila berjaya menjawab soalan interaktif dengan tepat. Markah kumpulan tertinggi selepas tamat permainan akan diberi pujian dan hadiah.
- Dendaan - Markah Pelajar akan dipotong mengikut nombor balingan dadu yang dibuat apabila gagal menjawab soalan dengan tepat. Markah kumpulan terendah pula akan dikenakan denda iaitu membersihkan kelas.
Maka, ini dapat meningkatkan motivasi pelajar. Mereka akan mengadakan perbincangan dan ulangkaji tambahan untuk meningktakan pemahaman terhadap apa yang telah diajar oleh guru. persedian yang rapi akan dibuat setiap kali sebelum permainan intraktif ini dijalankan. cara ini sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan pelajar.
Kerangka Teori
Menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan sebagai panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.
- Membuat Tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji.
- Memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
- Membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan.
- Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.
- Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
- Memberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi dengan menepati ciri kerangka teoritikal yang baik :
- Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
- Panduan mencari kajian-kajian lepas.-Memilih aspek yang difokus.
- Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
- Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai. Kajian lepas Bagi mengenal pasti dan mengesahkan kerangka teoritikal, membuat tinjauan terhadap hasil kajian lepas dapat memberi penjelasan terhadap bidang kajian dan asas data kajian mengenai seseorang yang telah melaksanakan kajian, mengumpul dan menganalisis data.
- Soalan-soalan yang ditimbulkan akan menjurus kepada hasil kajian yang berkait dengan fenomena kajian yang sedang dilakukan. Kajian-kajian dahulu boleh dianalisis, dikritik dan diulas supaya ruang lingkup kajian berkenaan lebih menarik. Literatur mengandungi tiga bahagian iaitu pengenalan, isi mengenai kajian-kajian lepas dan kesimpulan.
Kerangka Teori bagi Mini Kajian Tindakan
Modul yang digunakan untuk membina soalan interaktif bagi kajian adalah berdasarkan model pengajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme yang dicadangkan oleh Scott, Dyson dan Gater (1987)
Model pengajaran ini terdiri daripada lima fasa iaitu;
- Fasa orientasi bertujuan menarik minat pelajar tentang sesuatu topik supaya pelajar bersemangat dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
- Fasa pencetusan idea bertujuan mengenalpasti pengetahuan, idea dan konsep yang sedia ada pada pelajar,
- Fasa penstrukturan semula idea melibatkan pelajar mengambil kira pelbagai idea yang timbul dan dibimbing untuk membentuk konsep atau pandangan yang dapat diterima oleh teori.
- Fasa aplikasi idea memberi peluang pada pelajar untuk menggunakan idea mereka dalam situasi berbeza
- Fasa semak perubahan meminta pelajar memikirkan semula bagaimana idea asal mereka dan sejauh mana ia telah berubah.
Kerangka Konseptual
Merupakan satu teori yang turut bersandarkan kepada sesuatu teori lain. Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan sama ada sama atau hampir sama. Ini Kerana hakikat kerangka konseptual adalah ”hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah lain”, ia diperjelaskan dengan ;
- Mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah bebas dan pembolehubah terikatnya. Hubungan ini harus memperoleh maklumat secara ilmiah. Ia dikutip dari sumber-sumber ilmiah yang ada, seperti teori-teori dari buku teks, kesimpulan dapatan pengkaji lain melaui jurnal, skripsi, tesis, atau pendapat dan pemikiran pakar/ahli (expert judgement).
- Penelitian komparatif iaitu penelitian yang membandingkan suatu objek dengan objek lain, maka kerangka konseptual dapat disusun seperti berikut:
Menjelaskan bagaimana perbezaaan suatu objek dengan objek lain. Perbezaan ini harus berlandaskan sumber rujukan ilmiah.
Ia diakhiri dengan menggambarkan bentuk penelitian komparatif yang boleh diadaptasi dari bentuk penelitian kajian.
Maka, dalam kajian kami, Kerangka konseptual yang utama adalah pendekatan Teori pembelajaran konstruktivisme. Ia turut diperkukuhkan/dibantu dengan penggunaan teori Andragogi (penggunaan ICT dalam proses p&p) serta Teori Pelaziman Operan Skinner (Konsep Ganjaran & Dendaan)
Operasional kajian
- Definisi operasional merupakan bahagian yang mendefinisikan sebuah konsep/pembolehubah agar boleh diukur, dengan cara melihat pada dimensi (indikator) dari suatu konsep/pembolehubah .
- Dimensi (indikator) dapat dilihat melalui perilaku, aspek, atau sifat/karakteristik. Maka, definisi operasional lebih menekankan kepada hal-hal yang dapat dijadikan sebagai ukuran/indikator dari suatu pembolehubah, dan ukuran/indikator tersebut tidak abstrak, namun mudah diukur atau dinilai.
Disediakan oleh:
Naz, Amirah & Sahirah
No comments:
Post a Comment