Friday, December 4, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

TAJUK: TEACHERS INVESTIGATE THEIR WORK; AN INTRODUCTION TO ACTION RESEARCH ACROSS THE PROFESIONS (SECOND EDITION)

PENULIS: HERBERT ALTRICHTER, ALLAN FELDMAN, PETER POSCH AND BRIDGET SOMEKH

1) APA MAKSUD KAJIAN TINDAKAN (KT)

Kajian tindakan merupakan satu cara yang digunakan oleh guru dan profesional lain untuk meningkatkan amalan mereka dan kefahaman tentang amalan mereka serta satu cara untuk mencipta pengetahuan tentang amalan mereka.

Menurut John Elliott kajian tindakan bermaksud satu kajian tentang situasi sosial dengan pandangan untuk meningkatkan kualiti amalan di dalamnya. Kajian tindakan dilakukan untuk meningkatkan kualiti sesuatu amalan dengan mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dan juga situasi di dalam sesuatu organisasi serta menimba ilmu baru dalam bidang yang diamalkan.

Pernyataan yang dinyatakan di dalam buku di atas memberikan maksud yang hampir sama dengant Larry Buschman di dalam jurnalnya yang bertajuk Using Interviews to Guide Classroom Instruction: An Action Research Project mendefinisikan kajian tindakan sebagai “the process of asking a worthwhile research question, collecting credible evidence to answer the question, and using the evidence to guide further improvement in a school”.


2) MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1.Untuk meningkatkan kualiti tentang sesuatu pengajaran yang dilakukan di sekolah yang mana boleh meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran.

2. Untuk membantu guru menangani cabaran dan masalah yang timbul di sekolah dengan pelbagai cara dan kaedah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diatasi.

3. Untuk menggalakkan guru meluaskan ilmu pengetahuan supaya tidak hanya bergantung kepada ilmu yang sedia ada sahaja serta memupuk semangat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain seperti guru-guru, pelajar dan masyarakat serta dapat meningkatkan tahap competency seorang guru.

4. Untuk mendapatkan idea-idea dan strategi-strategi baru dalam pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif
.



3) BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru melakukan kajian tindakan apabila terdapat 5 perkara berikut:-

a) Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri
• Minat untuk mencari dan mencuba idea-idea baru, mencipta kekuatan dengan rutin tanggungjawab dengan
cara yang lebih baik
• Menghadapi sesuatu kesulitan seperti contoh mahu membaiki, menyelesaikan atau meringankan kesulitan
tersebut
• Terdapat situasi yang tidak jelas dan memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dan tepat bukannya
sekadar anggaran semata


b) Penyataan misi, program-program berterusan dan program-program pembangunan institusi itu
• Apabila terdapat misi-misi atau program-program yang memerlukan fokus tentang sesuatu dan
perkembangan yang lebih mendalam lagi tentang sesuatu amalan yang dijalankan


c) Berdasarkan keputusan daripada penilaian dan maklum balas
• Maklum balas dan penilaian yang diperolehi daripada individu dan persekitaran boleh merangsang untuk
melakukan kajian untuk menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mencari kaedah atau
cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti amalan yang dijalankan

d) Penyertaan dalam pembangunan dan program-program dalam perkhidmatan
• Penyertaan ini merupakan satu inisiatif daripada pihak atasan bagi menggalakkan untuk melakukan inovasi
dalam perkembangan amalan dalam organisasi dan menyediakan
idea-idea dan dorongan-dorongan untuk
menjalankan kajian lanjut


e) Sikap ingin tahu dan "kepentingan-kepentingan teoretis"
• Sikap ingin tahu tidak semestinya datang dari pengalaman seseorang, namun ia boleh datang melalui
pemerhatian terhadap rakan sekerja, atau dapatan kajian orang lain

• Melalui sikap ingin tahu ini seseorang akan bertindak untuk melakukan kajian bagi memastikan pemerhatian
dan dapatan yang diperolehi itu betul atau tidak dan adakah
ianya boleh diaplikasikan dalam bidang atau
organisasi yang diduduki

No comments:

Post a Comment