Thursday, December 17, 2009

TUGASAN KELAS 18/12/2009

Tugasan 1

  1. Bentang buku (beberapa individu yang dipanggil secara rawak)
  2. Fokuskan bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis.
  3. laporkan dalam blog masing-masing.
Tugasan 2
  1. Bentang beberapa jurnal (beberapa individu akan dipanggil)
  2. Fokus kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dan teknik dianalisis
  3. laporkan dalam blog masing2
Tugasan 3
  1. Bentang (berapa individu akan dipanggil)
  2. Fokuskan kepada bagaimana data dari pelbagai sumber dianalisis
  3. Apakah kekuatan dan kelemahan?
  4. Cadangkan penambahbaikan
  5. laporkan dalam blog masing-masing

Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

5. BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN? DAPATKAN MODEL REKA
BENTUK KAJIAN TINDAKAN/PROSEDUR/PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN
DATA

Proses analisis data secara konstruktif adalah seperti di bawah:-
a) membaca data
b) memilih data
c) memaparkan data
d) mentafsir data dan membuat kesimpulan

Proses analisis data secara kritikal :-
a) memeriksa kesahihan setiap penemuan
b) mencari bukti yang berlawanan dengan penemuan

1. ANALISIS DATA SECARA KONSTRUKTIF
a) membuat rumusan data
b) pengekodan data induktif
c) kuantitatif data
d) menulis nota teori
e) penaksiran

2. ANALISIS DATA SECARA KRITIKAL
a) menguji penemuan
b) pengesahan komunikatif

3. ANALISIS DATA SECARA KOMPLEKS
a) analisis corak (pattern analysis)
Analisis ini dijalankan mengikut 5 peringkat iaitu:-
  1. Mengenal pasti pattern
  2. Pengaruh pattern tersebut
  3. Kesan daripada pattern tersebut
  4. Hubungan antara pattern dan tujuan pengkaji
  5. Mengambil tindakan yang baru
b) analisis dilema (dilemma analysis)
Analisis dilema ini merupakan satu situasi di mana seseorang itu perlu memilih satu daripada pilihan yang ada. Analisis ini melalui 3 peringkat iaitu:-
  1. Mencari dilema
  2. Mengkaji dan menerokai dilema tersebut
  3. Bekerja dengan dilema tersebut
Fungsi analisis dilema ialah untuk:-
  1. Menilai pendapat minoriti
  2. Mengurangkan tekanan
  3. Membolehkan perbincangan







TUGASAN 1: ULASAN BUKU

5) BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN? DAPATKAN MODEL REKA
BENTUK KAJIAN TINDAKAN/ PROSEDUR/ PENGUMPULAN DATA DAN
PENGANALISISAN DATA

Pengumpulan data:-
  1. ARKIB DATA:-
  • membuat pengumpulan dokumen berkenaan dengan individu atau topik tertentu
  • membuat rakaman
2. PEMERHATIAN
  • pemerhatian secara langsung
  • rakaman suara
  • fotografi
  • rakaman video
3. TEMUBUAL

4. TINJAUAN BERTULIS
  • sampel soal selidik
5. GABUNGAN CARA: PENYEGITIGAAN (TRIANGULATION)

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

5) BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN? DAPATKAN MODEL REKA
BENTUK KAJIAN TINDAKAN/PROSEDUR/PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN
DATA

Model reka bentuk kajian tindakan:-
  1. The circle of action and reflection (Figure 1.1, 8)
  2. Karen's advisory framework (Figure 4.2, 81)
  3. From practical theories to action (Figure 4.3, 87)
  4. The constructive analysis of data (Figure 6.1, 160)
  5. The developement-planning model adopted in the processes of interventions (Figure 9.1, 261)
  6. From action to reflection and back again (Figure 10.1, 280)

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

5) BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN? DAPATKAN MODEL REKA
BENTUK KAJIAN TINDAKAN/ PROSEDUR/ PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN
DATA

Kajian tindakan dijalankan dengan 9 langkah iaitu:-
  1. Mengenal pasti kumpulan sokongan kajian
  2. Mengenal pasti rakan-rakan yang bekerjasama untuk kajian
  3. Mula menyimpan rekod aktiviti-aktiviti kajian yang dijalankan
  4. Membuat keputusan tentang isu yang akan dikaji dan memulakan kajian
  5. Dapatkan penjelasan dan kepastian tentang isu yang dikaji
  6. Mengumpul data secara sistematik
  7. Analisa data
  8. Meningkatkan strategi-strategi tindakan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian
  9. Berkongsi pengetahuan dengan umum

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

4) DI MANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru melakukan kajian tindakan di sekolah, namun begitu ia boleh dijalankan di dalam atau luar bilik darjah, dalam makmal atau di mana-mana tempat yang bersesuaian di sekolah. Kajian ini boleh dijalankan oleh guru atau pegawai-pegawai pentadbiran sekolah seperti penolong kanan dan pengetua.

Friday, December 4, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

TAJUK: TEACHERS INVESTIGATE THEIR WORK; AN INTRODUCTION TO ACTION RESEARCH ACROSS THE PROFESIONS (SECOND EDITION)

PENULIS: HERBERT ALTRICHTER, ALLAN FELDMAN, PETER POSCH AND BRIDGET SOMEKH

1) APA MAKSUD KAJIAN TINDAKAN (KT)

Kajian tindakan merupakan satu cara yang digunakan oleh guru dan profesional lain untuk meningkatkan amalan mereka dan kefahaman tentang amalan mereka serta satu cara untuk mencipta pengetahuan tentang amalan mereka.

Menurut John Elliott kajian tindakan bermaksud satu kajian tentang situasi sosial dengan pandangan untuk meningkatkan kualiti amalan di dalamnya. Kajian tindakan dilakukan untuk meningkatkan kualiti sesuatu amalan dengan mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dan juga situasi di dalam sesuatu organisasi serta menimba ilmu baru dalam bidang yang diamalkan.

Pernyataan yang dinyatakan di dalam buku di atas memberikan maksud yang hampir sama dengant Larry Buschman di dalam jurnalnya yang bertajuk Using Interviews to Guide Classroom Instruction: An Action Research Project mendefinisikan kajian tindakan sebagai “the process of asking a worthwhile research question, collecting credible evidence to answer the question, and using the evidence to guide further improvement in a school”.


2) MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

1.Untuk meningkatkan kualiti tentang sesuatu pengajaran yang dilakukan di sekolah yang mana boleh meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran.

2. Untuk membantu guru menangani cabaran dan masalah yang timbul di sekolah dengan pelbagai cara dan kaedah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diatasi.

3. Untuk menggalakkan guru meluaskan ilmu pengetahuan supaya tidak hanya bergantung kepada ilmu yang sedia ada sahaja serta memupuk semangat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain seperti guru-guru, pelajar dan masyarakat serta dapat meningkatkan tahap competency seorang guru.

4. Untuk mendapatkan idea-idea dan strategi-strategi baru dalam pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif
.



3) BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru melakukan kajian tindakan apabila terdapat 5 perkara berikut:-

a) Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri
• Minat untuk mencari dan mencuba idea-idea baru, mencipta kekuatan dengan rutin tanggungjawab dengan
cara yang lebih baik
• Menghadapi sesuatu kesulitan seperti contoh mahu membaiki, menyelesaikan atau meringankan kesulitan
tersebut
• Terdapat situasi yang tidak jelas dan memerlukan penjelasan yang lebih terperinci dan tepat bukannya
sekadar anggaran semata


b) Penyataan misi, program-program berterusan dan program-program pembangunan institusi itu
• Apabila terdapat misi-misi atau program-program yang memerlukan fokus tentang sesuatu dan
perkembangan yang lebih mendalam lagi tentang sesuatu amalan yang dijalankan


c) Berdasarkan keputusan daripada penilaian dan maklum balas
• Maklum balas dan penilaian yang diperolehi daripada individu dan persekitaran boleh merangsang untuk
melakukan kajian untuk menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang timbul dan mencari kaedah atau
cara yang terbaik untuk meningkatkan kualiti amalan yang dijalankan

d) Penyertaan dalam pembangunan dan program-program dalam perkhidmatan
• Penyertaan ini merupakan satu inisiatif daripada pihak atasan bagi menggalakkan untuk melakukan inovasi
dalam perkembangan amalan dalam organisasi dan menyediakan
idea-idea dan dorongan-dorongan untuk
menjalankan kajian lanjut


e) Sikap ingin tahu dan "kepentingan-kepentingan teoretis"
• Sikap ingin tahu tidak semestinya datang dari pengalaman seseorang, namun ia boleh datang melalui
pemerhatian terhadap rakan sekerja, atau dapatan kajian orang lain

• Melalui sikap ingin tahu ini seseorang akan bertindak untuk melakukan kajian bagi memastikan pemerhatian
dan dapatan yang diperolehi itu betul atau tidak dan adakah
ianya boleh diaplikasikan dalam bidang atau
organisasi yang diduduki