Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 – Objektif keseluruhan Mini Kajian Tindakan

  1. Matlamat kajian tindakan kami secara umumnya dapat kami perjelaskan sebagai ;

‘Pembelajaran, Pengamatan & Aplikasi dalam Kehidupan’

· Konsep/matlamat akhir yang kami terjemahkan seperti ayat diatas adalah kerana penyertaan ini melambangkan penerokaan & penilaian keatas perkembangan pemikiran dan kognitif pelajar. Hal ini kerana, di dalam kelas guru berfungsi sebagai pemberi ilmu secara teori pada pelajar. Pelajar sendirilah yang perlu membuat pemerhatian, pengamatan, penilaian dan seterusnya mengaplikasi apa yang diperhatikanya dalam kehidupan seharian. Kami ingin menerapkan pada pelajar bahawa, dalam dunia perdagangan dan jual beli ini, kita semua akan terlibat sebagai penentunya. Walaupun kita bukan peniaga, tetapi kita juga adalah pengguna yang membuat permintaan kepada pengeluar. Pengguna mempunyai hak dalam mengawal keseimbangan ekonomi dan aktiviti perdagangan yang wujud dalam kehidupan kita seharian. Oleh hal demikian, pengetahuan & minat pada dunia perdagangan adalah perlu diterapkan dalam jiwa setiap pelajar.

  1. Bentuk Soalan Kajian.

i) Bagaimana (proses)

Prosedur/ Proses-proses Mini Kajian Tindakan kami melibatkan ;

a. Kajian berdasarkan topik

b. Persoalan-persoalan dalam kajian tindakan dan soalan berkaitan

c. Rumusan aktiviti dalam kelas

d. Mengumpul dan menganalis dapatan kajian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk data.

e. Membuat report/ulasan berkaitan kajian

f. Persembahkan kajian dalam majlis formal atau digunakan untuk menyambung pengajian.

ii) Adakah (Penilaian Proses)

Aktiviti 8 : Tugasan 4 - Cadangan Atasi Kelemahan

i. Individu:

Pada pandangan saya adalah elok aktiviti ini ditekankan untuk topik-topik yang memerlukan kefahaman dan daya ingatan yang tinggi. Soalan juga boleh disertakan soalan peperiksaan tahun-tahun lalu. Guru juga perlu menghadkan masa untuk pelajar menjawab bagi mengelakkan kesuntukan waktu.

ii. Pasukan:

Bagi menangani masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti guru perlu memberitahu pelajar terlebih dahulu agar bersedia untuk belajar dari awal sebelum melakukan aktiviti, kerana mereka perlukan kefahaman dan kemahiran mengingat.

Penglibatan - bagi melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ini. Pelajar perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, teknik ini dinamakan “number head together” di mana setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai nombor masing-masing. Ia boleh melibatkan semua apabila guru akan memilih nombor secara rawak, membolehkan semua pelajar bersedia.

iii. Pasukan lain:

Guru perlu menunjukkan sehingga pelajar faham apa yang perlu dilakukan dan arahan yang diberi perlu jelas. Aktiviti ini juga boleh dijadikan selingan ketika guru melakukan pengajaran bagi mengelakkan pelajar cepat bosan dan boleh menumpukan perhatian terhadap topik yang diajar.

iv. Literature Review

Cadangan ini dikesahkan lagi berdasarkan buku dan jurnal teknik “number head together” selalu digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dikelas.

Aktiviti 7 : Tugasan 4 – Kelemahan Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan kami adalah intergrasi permainan dadu ajaib bersama soalan interaktif bagi subjek perdagangan.

  • Dari segi subjek Perdagangan, kelemahan bagi subjek ini ialah pada kebiasaannya guru tidak menggunakan ABM semasa mengajar. Kebanyakan daripada mereka hanya mengajar secara kuliah sahaja dan menggunakan kaedah teacher- centered berbanding student - centered.
  • Guru juga kurang menekankan kepada istilah-istilah baru yang terdapat dalam topik matapelajaran Perdagangan. Lazimnya matapelajaran ini mempunyai banyak fakta dan istilah yang perlu diingati, tetapi guru tidak mengajar atau menerangkan kepada pelajar bagaimana cara untuk mengingatinya atau menghafalnya.
  • Penggunaan kaedah yang sama dalam proses P & P membuatkan pelajar mudah bosan dan tidak berminat kepada pembelajaran subjek Perdagangan ini. Kaedah yang selalu digunakan ialah 'chalk 7 talk'.
  • Pada kebiasaannya proses P & P yang dijalankan hanyalah di dalam kelas sahaja. Maka pelajar tidak mendapat pendedahan secara menyeluruh tentang fakta-fakta yang terdapat dalam matapelajaran ini.
  • Selain itu, masa yang panjang diperlukan untuk menerangkan sesuatu topik yang diajar. Kebiasaannya guru lebih menfokuskan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding kefahaman pelajar. Hanya topik-topik yang penting sahaja diberikan penekanan.
Berdasarkan tajuk ini, kelemahan pengajaran subjek perdagangan dari aspek ;

i) Pengalaman/refleksi individu

a) Memerlukan masa yang lama untuk dijalankan

b) Penglibatan pelajar terhad

c) Soalan yang dikemukakan terhad


ii) Pengalaman/refleksi dalam pasukan

Kelemahan permainanan dadu ini ialah memerlukan masa yang lama untuk dijalankan. Ini kerana di sekolah masa bagi sesuatu P&P telah ditetapkan dan kita tidak boleh mengambil masa matapelajaran lain. Selain itu, penglibatan pelajar juga terhad kerana tidak semua pelajar berpeluang menyertai permainan yang dijalankan.Hanya sesetengah pelajar sahaja sempat belajar menggunakan permainan ini kerana kekangan masa. Begitu juga bagi penggunaan soalan interaktif, kebiasaannya soalan dan jawapan yang dikemukan adalah terhad. Soalan yang biasa dikemukakan hanya berbentuk soalan pilihan jawapan yang mana soalan jenis ini tidak boleh mengukur tahap kefahaman pelajar tentang subjek yang diajar.


iii) Pengalaman dari luar pasukan

Berdasarkan temubual yang dijalankan, rata-rata mengatakan kelemahan utama kaedah permainan dadu ajaib dan soalan interaktif ini ialah masa. Masa yang panjang diperlukan untuk aktiviti ini. Kadang-kadang terdapat ramai pelajar yang rasa kecil hati kerana tidak berpeluang untuk bermain permainan ini. Soalan-soalan yang digunakan juga tidak boleh dipelbagaikan. Hanya soalan-soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan struktur sahaja yang boleh digunakan. Soalan bentuk esei tidak boleh digunakan kerana permainan ini dijalankan secara cepat dan jawapan yang dikehendaki perlu dikemukakan pada masa yang sama. Selain daripada itu, kelemahan pendekatan penambahbaikan yang kami utarakan dalam mini kajian tindakan kami adalah kemudahan ICT. Mereka menyatakan walaupun kemudahan ICT kini adalah meluas perkhidmatan dan penggunaanya, tetapi masih ada sekolah yang belum memiliki atau memilki kemudahan ini secara terhad. Malah, jika kemudahan ini ada, kemungkinan hanya ditempatkan di makmal computer . ini menimbulkan kesukaran yang mana pelajar perlu bergerak ke makmal setiap kali P&P subjek perdagangan bermula. Maka, situasi ini pasti akan memakan lebih banyak masa yang perlu diperuntukan untuk P&P subjek perdagangan.


iv) Berdasarkan literature review

Banyak literature review yang menyatakan soalan jenis aneka pilihan tidak mampu untuk menguji tahap kefahaman pelajar kerana soalan-soalan ini telah diberikan pilihan jawapan yang mana pelajar boleh memilih sahaja jawapan daripada pilihan yang diberikan.Walaupun pelajar tidak memahami soalan yang diberikan, dia masih boleh menjawab soalan tersebut dengan memilih mana-mana jawapan.


Disediakan oleh:

Nazratul Hanim, Siti Amirah & Sahirah

Aktiviti 6 : Tugasan 4 – Kekuatan Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan kami adalah integrasi permainan dadu ajaib bersama soalan interaktif bagi subjek perdagangan.

  • Dari segi subjek perdagangan, kekuatan subjek ini adalah ia merupakan salah satu subjek yang memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan aktiviti jual beli, dunia perdagangan, perniagaan dan perkaitannya kepada ekonomi mikro (individu) dan makro (keseluruhan).
  • Selain itu, kekuatan subjek ini adalah apabila ia dikaitkan dengan pendedahan kepada pelajar secara langsung. Misalnya mengadakan hari kantin sekolah yang mana pelajar sendiri merancang apa yang ingin mereka jual pada hari tersebut. Lawatan ke premis perniagaan juga dalah salah satu pendedahan secara langsung kepada pelajar apa itu perdagangan dalam kehidupan seharian kita.
  • Bahan maujud bagi subjek perdagangan juga mudah diperolehi misalnya penggunaan wang, barang (runcit, permainan dsb) dan bahan maujud berbentuk permainan. Antara bahan maujud berbentuk permainan adalah monopoli, saidina, roda impian dan permainan dam perniagaan.

Berdasarkan tajuk ini, kekuatan pengajaran subjek perdagangan dari aspek ;


  1. Pengalaman/refleksi secara individu :
  • Berdasarkan pengalaman saya semasa waktu sekolah dahulu, kaedah pengajaran 1 hala yang mana guru mengusai/dominan di dalam kelas. Kaedah pengajaran ini melibatkan aktiviti seperti menyalin nota dari papan hitam, guru memberi penerangan ringkas dan kemudian pelajar perlu membuat latihan yang terdapat dalam buku teks. Latihan tersebut merupakan kerja rumah. Esoknya bagi mata pelajaran yang sama, pelajar perlu menghantar latihan dan guru memulakan topik baru. Kelemahan wujud apabila soalan yang tidak difahami pelajar tidak diperbincangkan oleh guru lagi. Perbincangan hanya akan dilakukan ketika peperiksaan sebenar hampir tiba.
  • Maka, dalam hal ini, saya mendapati kekuatan kaedah pengajaran yang kumpulan kami adakan adalah menjalankan perbincangan serentak semasa P&P subjek berkenaan. Ini dilakukan melalui penggunaan soalan interaktif yang kami ajukan pada pelajar selepas penerangan guru. Maka disini saya mendapati, tahap kefahan pelajar akan dapat dinilai jika ia tidak menjawab soalan dengan tepat. Maka guru perlu menerangkan sekali lagi supaya pelajar lebih jelas dengan topik berkenaan.
  1. Pengalaman/refleksi dalam pasukan ;

Hasil dari perbincangan antara ahli kumpulan, kami mendapati bahawa pengalaman P&P yang kami lalui di sekolah dahulu adalah hampir sama. Guru menggunakan pendekatan P&P 1 hala. Ia melibatkan aktiviti salin nota, penerangan guru yang menggunakan pendekatan syarahan (pelajar tidak berpeluang bertanya apa yang mereka tidak faham) dan membuat latihan (kerja rumah atau siapkan pada waktu kelas). Pada hari berikutnya untuk subjek yang sama, guru memulangkan buku latihan kami dan memulakan topik baru. Maka disini dapat dikatakan kelemahan yang ketara wujud apabila guru hanya memikirkan untuk menghabiskan silibus pengajaran dan mengambil ringan tahap kefahaman pelajar. Pendekatan ini boleh membunuh minat pelajar untuk meminati subjek perdagangan. Hal ini kerana, jika dari awal mereka telah mengalami kekeliruan objektif /kepentingan subjek perdagagan ini, mereka akan hilang minat untuk terus belajar subjek berkenaan.

Maka melalui pendekatan intergrasi permainan dan latihan menjawab soalan yang kami lakukan di dalam waktu P&P perdagangan diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek ini. Kami menggabungkan 2 kaedah/peringkat P&P dalam satu masa.

i) Kaedah kuliah & soal jawab antara guru dan murid berkaitan topik yang diajar.

ii) Aktiviti perbincangan dalam kumpulan, permaianan dadu ajaib dan ujian kefahaman pelajar melalui soalan intraktif.

Kami turut menerapkan konsep ganjaran & dendaan dalam kaedah pengajaran kami ini. Markah akan dikira berdasarkan bilangan dadu yang diperolehi pelajar. Konsep ganjaran digunakan apabila pelajar menjawab soalan yang diberi dengan tepat, maka markah kumpulan akan diberi berdasarkan nombor pada balingan dadu yang dilakukan oleh kumpulan terbabit. Konsep dendaan pula diberi jika pelajar gagal menjawab soalan interaktif dengan tepat. Markah kumpulan akan ditolak berdasarkan nombor pada balingan dadu yang mereka perolehi.

  1. Pengalaman dari pasukan lain ;

Menyatakan bahawa kaedah lama yang digunakan oleh guru berdasarkan pengalaman mereka menyatakan bahawa kaedah guru semasa mengajar subjek dahulu adalah guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid. Selain itu terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.

Hasil dari temuramah yang kami lakukan berkaitan pandangan cara dan pendekatan P&P subjek perdagangan yang dijalankan, ternyata kaedah permainan tersebut adalah merupakan satu pendekatan yang wajar dijalankan. Mereka berpendapat bahawa kami telah melakukan transformasi dari aspek membuat latihan. Jika dulu, guru hanya member latihan melalui buku kerja atau buku teks yang perlu dijawab oleh murid dalam buku latihan masing-masing. Menurut kumpulan lain lagi, kaedah tranfomasi yang kami jalankan adalah apabila mengaplikasikan kemudahan ict dalam aktiviti P&P dalam kelas.

  1. Berdasarkan Literature-Review
Kami mendapati pendekatan yang kami gunakan telah banyak digunakan dalam kajian
tindakan pengkaji lain. Berdasarkan buku-buku dan jurnal-jurnal kajian tindakan yang
telah
kami baca, kami mendapati konsep seperti ganjaran dan dendaan, perbincangan
kumpulan permainan adalah antara teknik kretif yang diperknalkan untuk mewujudkan P&P

menarik di dalam kelas. Malah, kebanyakan kajian juga ada menyatakan bahawa kaedah

pembelajaran 1 hala dan berunsurkan teacher canted perlu diminimumkan penggunaanya
di dalam kelas. Penglibatan murid perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan
percambahan minda dan minat mereka terhadap ilmu pelajaran yang diperolehi di dalam
kelas.

Malah, kebanyakan kajian juga ada menyatakan bahawa kaedah pembelajaran 1 hala dan
berunsurkan teacher canted perlu diminimumkan penggunaanya di dalam kelas.
Penglibatan murid perlu diperbanyakkan untuk menggalakkan percambahan minda dan
minat mereka terhadap ilmu pelajaran yang diperolehi di dalam kelas (Peters, 1991).


Disediakan oleh:
Nazratul Hanim, Siti Amirah & Sahirah

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 4 - Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan perbincangan di antara ahli kumpulan, kami telah sepakat untuk memilih tajuk berikut untuk dijadikan mini kajian tindakan bagi kumpulan kami.

Tajuk yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:-

"Integrasi Permainan Dadu Ajaib Bersama Soalan Interaktif Bagi Subjek Perdagangan"

Peserta kajian :
kami telah sepakat memilih pelajar dari kelas tingkatan 4 aliran perdagangan. Tumpuan kami adalah pada kelas/ pelajar yang berpencapaian sederhana.

Setting Kajian :
Berlangsung ketika sesi P&P yang mana terdapat 2 peringkat aktiviti P&P yang dijalankan di dalam kelas.

Perbincangan bersama : nazratul hanim, siti amirah & sahirah

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

JURNAL 2

TAJUK: WHEN DO THEY CHOOSE THE READING CENTER? PROMOTING LETERACY IN A KINDERGARDEN CLASSROOM

PENULIS: SUSAN K. GREEN, CLAIR BRITT AND PATSY PARKER

SUMBER: HW Wilson

1. Contoh kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis
Kajian tindakan ini menyelidik tentang bagaimana untuk menggalakkan kanak-kanak untuk melawat pusat bacaan di sebuah tadika. Tiga intervensi mengikut hari telah digunakan iaitu:-
  1. "Read to" day iaitu guru memberitahu dan membacakan kepada kanak-kanak
  2. "On tables" day iaitu guru meletakkan beberapa buah buku di atas meja
  3. "In centers" day iaitu guru meletakkan buku-buku di pusat bacaan
Kajian menunjukkan lebih ramai kanak-kanak berminat untuk ke pusat bacaan tanpa dipaksa.

2. Pernyataan masalah
Kanak-kanak di tadika tidak berminat untuk ke pusat bacaan

3. Sampel dan setting kajian
1. 21 orang kanak-kanak kelas tadika
2. Di tadika

4. Prosedur atau metodologi
Kajian ini dijalankan dengan menjalankan 3 intervensi, setiap hari satu intervensi dijalankan. Pada hari keempat intervensi yang pertama dijalankan semula. Aktiviti intervensi ini dijalankan selama 13 minggu berturut-turut. 3 intervensi yang dijalankan ialah:-

i) "Read to" day di mana guru akan memperkenalkan sebuah buku kepada pelajar dan membacakannya di pusat bacaan pada waktu rehat

ii) "On tables" day, guru meletakkan beberapa buah buku di atas meja pada awal pagi dan memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang hari tersebut

iii) "In centers" day, guru meletakkan buku-buku yang digunakan pada hari kedua di bilik bacaan dan memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang hari tersebut

5. Cara mengumpul dan menganalisis data kajian
Pengkaji mengumpul data dan menganalisis data kajian dengan melakukan pemerhatian terhadap aktiviti pelajar semasa intervensi dijalankan, mencatatkan penggunaan buku oleh pelajar dan mencatatkan kehadiran pelajar ke pusat bacaan.
*kajian menunjukkan peningkatan bilangan pelajar ke pusat bacaan
*minat pelajar juga semakin meningkat untuk membaca

6. Paparan dapatan kajian
Dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk jadual

Tugasan 5: Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

MENGAPA guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan???

1. Untuk meningkatkan kualiti tentang sesuatu pengajaran yang dilakukan di sekolah yang mana boleh meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran.

2. Untuk membantu guru menangani cabaran dan masalah yang timbul di sekolah dengan pelbagai cara dan kaedah supaya segala permasalahan yang timbul dapat diatasi.

3. Untuk menggalakkan guru meluaskan ilmu pengetahuan supaya tidak hanya bergantung kepada ilmu yang sedia ada sahaja serta memupuk semangat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain seperti guru-guru, pelajar dan masyarakat serta dapat meningkatkan tahap competency seorang guru.

4. Untuk mendapatkan idea-idea dan strategi-strategi baru dalam pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.


Kami memilih tajuk " Integrasi Permainan Dadu Ajaib Bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan" kerana dengan gabungan dua idea diharapkan pelajar dapat meningkatkan kefahaman dan menggalakkan pembelajaran dua hala dalam proses P & P di sekolah. Ianya tidak membosankan pelajar kerana ia lebih bersifat permainan yang mana lebih diminati oleh pelajar.
Malah melalui soalan interaktif, kami menggalakkan murid-murid yang memilih dan menekan sendiri butang jawapan untuk soalan dikemukakan. dengan cara ini murid akan merasa lebih yakin atas jawapan yang dipilih hasil dari perbincangan bersama kumpulan. konsep ganjaran & dendaan dikenakan untuk memastikan pelajar benar-benar serius memilih jawapan yang tepat.

Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan


"Integrasi Permainan Dadu Ajaib Bersama Soalan Interaktif bagi Subjek Perdagangan"

Idea tercetus daripada Siti Amirah & Nazratul Hanim & Sahirah

Tugasan 2 (kelas) : Perbincangan Jurnal Kumpulan (Jenis Kajian TIndakan)

Jurnal 1

Penyataan Masalah :

  • Kesukaran pelajar memahami pengajaran guru & teknik pembacaan yang lemah di kalangan pelajar.

Kaedah Penyelesaian :
  • penulis menggunakan teknik penceritaan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan para pelajar.
  • kaedah tersebut melibatkan teknik2;
  • 1. gambaran pada penceritaan
  • 2. daripada gambaran, pelajar perlu terjemahkan kepada penulisan
  • 3. menggunakan kaedah 4w (what,when,who,where) 1H (how)
  • 4. pembinaan carta/peta minda

Dapatan Kajian :
  • berlaku perubahan iaitu peningkatan terhadap tahap pemahaman, ingatan dan penceritaan para pelajar.
  • indikator : melalui pra & post test.
  • markah ujian dikira berdasarkan bil perkataan, bilangan ingatan, elemen tatabahasa & kadar skor holistik.

ulasan : kami dapati kajian tindakan ini adalah bertepatan dengan objektif asalnya iaitu untuk meningkatkan tahap ingatan & pemahaman para pelajar. ia terbukti melalui ujian yang dijalankan. selain itu, ukuran kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pengamatan pengkaji yang mana pelajar mula menunjukkan keyakinan diri untuk menceritakan kembali apa yang mereka baca atau apa yang diajar oleh guru.


Jurnal 2

Pernyataan Masalah :
  • kaedah pengajaran tradisional telah melahirkan pelajar yang pasif, kurang berinteraksi, pencapaian rendah & tahap penglibatan yang minimum di dalam kelas.

Kaedah Penyelesaian :
  • pengkaji mencadangkan kaedah P&P berasaskan 2 hala yang lebih kepada student canted menggantikan kaedah pengajaran tradisional (1 hala) yang berfokus kepada teacher centered.
  • kaedah tersebut melibatkan aktiviti dalam kelas seperti aktiviti permainan dan perbincngan antara pelajar dan kemudian dipanjangkan kepada antara pelajar-guru.

Dapatan Kajian :
  • melalui pengamatan guru, pelajar mula memperlihatkan keyakinan untuk berinteraksi antara rakan, guru dan masyarakat sekeliling. keberanian untuk bercakap/berhujah di tempat terbuka atau majlis ilmu. pencapaian dalam ujian juga adalah meningkat.

Ulasan : hasil perbincangan, kami bersetuju mengatakan bahawa kaedah/kajian tindakan yang dijalankan penulis adalah berkesan. kaedah P&P 2 hala dapat meningkatkan keyakinan para pelajar. melalui perbincangan menggunakan kaedah jigsaw & think pair share, pelajar dilihat lebih banyak menjana idea dan memberi pendapat di dalam kelas. ini membuktikan peningkatan dalam tahap pemahaman mereka.

Jurnal 3

Penyataan Masalah :
  • Pelajar khas didapati kurang berminat pada pelajaran dan tidak aktif semasa P&P bersama guru di dalam kelas. mereka lebih banyak buat kerja sendiri dan mengganggu kelas ketika guru mengajar.

kaedah penyelesaian :
  • pengkaji mencadangkan penggunaan portfolio kepada pelajar berkeperluan khas ini.
  • para pelajar disuruh mereka bentuk portfolio/buku skrap sendiri. di dalam buku itu, pelajar boleh meluahkan/mempamerkan apa yang mereka rasa selepas pengajaran guru. mereka juga digalakkan untuk menghias portfolio tersebut mengikut kretiviti mereka sendiri.

Dapatan kajian :
  • pengkaji mendapati berlaku perubahan tingkah laku terhadap pelajar ini. mereka menjadi lebih displin dan menunjukkan minat terhadap P&P mereka setiap hari.

Ulasan : ternyata melalui penggunaan kaedah portfolio, minat pelajar berkeperluan khas ini terhadap pelajaran telah meningkat. kami mendapati penulis menggunakan strategi yang berbeza kepada pelajar khas ini. kaedah portfolio telah meningkatkan displin pelajar sekaligus kaeadh ini telah menonjolkan kebolehan dan ciri kretif pelajar-pelajar terbabit.

Ulasan bersama
Nazratul Hanim, Siti Amirah & Sahirah

Tugasan 1 : Perbincangan Ulasan Buku

Tajuk Buku :

1. Supporting learning professionally, doing action research.

2. Teachers investigate their work – An introduction to action research across the professions.

Apa Itu Kajian Tindakan ????

Pakar dalam kajian pendidikan menganggap kajian adalah merupakan sebahagian daripada rutin seharian di sekolah.

Sumber/maklumat berkaitan kajian tindakan diperolehi melalui internet sebagai rujukan asas untuk memulakan kajian di dalam kelas serta untuk mendapatkan data.

Perbincangan kefahaman berkaitan Kajian Tindakan

Kajian melibatkan pengamatan keatas pelajar untuk melihat sikap & tingkah laku pelajar didalam kelas. Pengamatan ini kemudian akan dianalisis dan ini mewujudkan kajian tindakan di sekolah.

Satu cara yang digunakan oleh guru & ahli professional bagi penambahbaikan dalam profesion mereka sebagai seorang guru untuk menjana pengetahuan tentang aplikasi pengajaran.

Ini memperlihatkan peranan guru sebagai pendidik, pengajar serta pengkaji di sekolah.

Umumnya, kajian menggunakan maklumat yang diperolehi seharian. Maklumat tersebut dikategorikan, penggunaan cara sistematik yang mana ia bertujuan pembangunan teori baru berkaitan permasalahan P&P seharian. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan professional seperti pembentangan seminar atau sebagai bahan untuk melanjutkan pelajaran.




Ahli kumpulan :
Nazratul Hanim (P52058)
Sahirah (P52044)
Siti Amirah (P52048)

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2


ULASAN JURNAL

JURNAL 1

Tajuk: Academic Achievement, Pupil Participation and Integration of Group Work Skills in Secondary Schools Classrooms in Trinidad and Barbados

Penulis: Anthony Layne, Vena Jules, Peter Kutrick, Clarissa Layne

Sumber: ScienceDirect

1. Contoh kajian yang dijalankan:
  • satu cara kemahiran sosial yang baru digunakan untuk memotivasikan pelajar dan guru

2. Masalah
  • pencapaian pelajar rendah dalam akademik dan motivasi
3. Sampel dan setting kajian
  • guru-guru pengajian sosial di Barbados dan Trinidad
  • hampir 300 orang pelajar di Barbados dan Trinidad
  • di dalam kelas
4. Prosedur kajian
  • mengambil masa 8 bulan
  • kajian dijalankan dalam beberapa peringkat

5.Cara Pengumpulan dan penganalisisan data
  • markah peperiksaan hujung semester
  • kaji selidik individu
  • kaji selidik berkumpulan
  • temubual

6. Cara paparan data
  • jadual

TUGASAN KELAS


KONSEP DAN MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Elliott dan Adelman (1976) kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesion guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah.

Kemmis dan Mctaggart (1988) Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan . Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama (kolaboratif).

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Hanipah Hussin (2001) satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru, dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan.



MODEL-MODEL DAN REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Kemmis's action research spiral


Elliot action research model


McKernan's action research model


Ebbutt’s action research model

DEFINISI, TUJUAN DAN PRINSIP KAJIAN TINDAKAN

1. Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing).

2. Tujuan Kajian Tindakan
Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.

3. Prinsip
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti.