Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS

MENGAPA KAJIAN TINDAKAN ADALAH PENTING KEPADA GURU

1. Dapat kenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Dapat meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran selaras dengan falsafah pendidikan negara.

3. Dapat mencari kaedah-kaedah dan teknik-teknik baru yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

4. Dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang terdapat dapat proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Sebagai satu platform bagi guru untuk mencari kaedah yang terbaik untuk digunakan semasa proses pengajaran berlangsung.

6. Satu proses untuk menggalakkan guru meneruskan pencarian ilmu baru dan tidak bergantung kepada ilmu-ilmu yang sedia ada sahaja.

7. Untuk menggalakkan pembudayaan menuntut ilmu sepanjang hayat.

8. Supaya guru dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama guru dan pelajar dengan berkongsi pelbagai idea dan maklum balas semasa kajian dijalankan.

9. Guru dapat mengkaji sejauh mana keberkesanan P & P yang sedia ada dan dapat mengubahsuai untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan.

10. Guru dapat mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran yang dipelajari dan menilai sejauh mana keberkesanannya.

No comments:

Post a Comment