Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 3: ULASAN KOLOKIUM

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
AMBILAN JANUARI 2009

Tajuk Pembentangan: Meningkatkan Tingkahlaku Positif di Kalangan Pelajar di dalam Kelas Menggunakan Teknik Peneguhan Skinner
Pembentang: 1) Fadilah Mahabob (P48609)
2) Siti Sara Abdul Rahman (P48633)
Penyelia: Puan Siti Kamariah Abdul Latiff Lai
Tarikh/Hari: 27 Oktober 2009/Selasa
Masa: 8.30am – 10.30am
Tempat: Bilik Perdana C, Palm Garden Hotel

1) Penyataan masalah
1. Pelajar tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi subjek English.

2) Metadologi, setting kajian dan sampel kajian
a) Metadologi yang digunakan adalah mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1983) yang mana merangkumi proses merancang, melaksana, memerhati dan refleksi.

b) Kajian ini dijalankan melalui 3 peringkat:-
Pada peringkat pertama;
• Pelajar diberi soalan pra ujian
• Pelajar diberikan satu topik untuk membuat lakonan
• Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
• Pelajar diminta membuat lakonan pada hari yang telah ditetapkan
• Peneguhan positif dan negatif diberikan

Pada peringkat kedua;
• Pelajar diminta untuk berada dalam kumpulan
• Pelajar membuat persembahan seperti yang telah ditetapkan
• Guru membuat pemerhatian terhadap persembahan pelajar
• Peneguhan positif dan negatif diberikan

Pada peringkat ketiga;
• Pelajar diminta untuk berada dalam kumpulan
• Pelajar membuat persembahan seperti yang telah ditetapkan
• Guru membuat pemerhatian terhadap persembahan pelajar
• Peneguhan positif dan negatif diberikan

c) Kajian ini dilakukan terhadap pelajar Tingkatan 1 Mawar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur.

3) Pengumpulan dan penganalisisan data
1. Melalui keputusan pra ujian
2. Melalui pemerhatian terhadap perubahan tingkahlaku pelajar pada setiap peringkat
3. Melalui keputusan post ujian

4) Implikasi kajian
1. Kaedah peneguhan Skinner mampu meningkatkan tingkahlaku positif di kalangan pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

5) Apa yang dapat dipelajari dari kajian tersebut
1. Guru hendaklah sentiasa berfikir secara kreatif bagaimana untuk meningkatkan tingkahlaku negatif kepada positif di kalangan pelajar.
2. Guru hendaklah sentiasa berusaha untuk menarik minat pelajar untuk belajar.


Tajuk Pembentangan: Meningkatkan Penglibatan dan Minat Pelajar Tingkatan 1 Terhadap Subjek Sains melalui Pendekatan Aktiviti dalam Kumpulan
Pembentang: 1) Siti Fatimah Ariffin
2) Zainun Yasin
Penyelia: Dr Zamri Mahamod
Tarikh/Hari: 27 Oktober 2009/Selasa
Masa: 8.30am – 10.30am
Tempat: Bilik Perdana C, Palm Garden Hotel

1) Penyataan masalah
1. Pelajar bising dan sukar untuk mendengar arahan guru.
2. Pelajar tidak berminat untuk belajar dan bersikap pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2) Metodologi, setting kajian dan sampel kajian
a) Kajian ini dibuat melalui 3 metodologi iaitu pemerhatian, temubual dan refleksi.

b) Kajian ini dijalankan dengan mengadakan 3 aktiviti iaitu lakonan, ingat fakta ynag berkonsepkan permainan jangan lupa lirik dan kuiz serta ganjaran yang berkonsepkan permainan kotak beracun.Kajian ini melibatkan 2 kitar yang mana kitar pertama merangkumi 6 sesi kelas dan kitar kedua merangkumi 5 sesi kelas. Kajian ini berlangsung hanya pada sesi pengajaran dan pembelajaran 2 masa.

c) Seramai 33 orang pelajar tingkatan 1 yang mempunyai pencapaian akademik yang lemah di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai.

3) Pengumpulan dan penganalisisan data
1. Melalui pemerhatian sepanjang kajian berlangsung.
2. Melalui temubual pelajar sebelum dan selepas kajian dijalankan.
3. Melalui refleksi daripada pelajar selepas kajian dijalankan.

4) Implikasi kajian
1. Pelajar terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan.
2. Pelajar berasa seronok dan berminat untuk belajar.

5) Apa yang dapat dipelajari dari kajian tersebut
1. Guru perlu sentiasa mencari pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
2. Guru haruslah mevariasikan bahan bantu mengajar tidak hanya bergantung kepada satu BBM sahaja pada satu masa.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS

MENGAPA KAJIAN TINDAKAN ADALAH PENTING KEPADA GURU

1. Dapat kenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Dapat meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran selaras dengan falsafah pendidikan negara.

3. Dapat mencari kaedah-kaedah dan teknik-teknik baru yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

4. Dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang terdapat dapat proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Sebagai satu platform bagi guru untuk mencari kaedah yang terbaik untuk digunakan semasa proses pengajaran berlangsung.

6. Satu proses untuk menggalakkan guru meneruskan pencarian ilmu baru dan tidak bergantung kepada ilmu-ilmu yang sedia ada sahaja.

7. Untuk menggalakkan pembudayaan menuntut ilmu sepanjang hayat.

8. Supaya guru dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama guru dan pelajar dengan berkongsi pelbagai idea dan maklum balas semasa kajian dijalankan.

9. Guru dapat mengkaji sejauh mana keberkesanan P & P yang sedia ada dan dapat mengubahsuai untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan.

10. Guru dapat mengaplikasi pelbagai kaedah pengajaran yang dipelajari dan menilai sejauh mana keberkesanannya.